Sabtu, 9 Februari 2013

sinopsis keseluruhan

                    SINOPSIS  KESELURUHAN                                     

Novel ini mengisahkan kehidupan seorang gadis yatim piatu bernama Azfa Hanani yang berusia 17 tahun . Setelah kematian ibu bapanya akibat kecelakaan di jalan raya , dia dibesarkan oleh bapa saudaranya , iaitu Pak Long Madi dan Mak Long Diah . Kemalangan yang meragut nyawa kedua-dua orang tuanya berlaku ketika Azfa Hanani masih bayi . Bapa saudara yang menjaganya merupakan seorang yang miskin dan tinggal di kampung . Azfa Hanani merupaka seorang pelajar yang bijak di Sekolah Menengah Sri Dian . 
      Pada suatu hari , Azfa Hanani dipanggil oleh pengetua kerana ada sepasang suami isteri , iaitu Tengku Mazran dan Kak Finaz ingin mengambilnya sebagai adik angkat . Mereka ingin mengambilnya sebagai adik angkat kerana wajahnya seiras dengan adik mereka , Tengku Murni yang telah meninggal dunia akibat kemalangan . Datin Maziah tidak dapat menerima dan tidak mempercayai kematian anak kesayangannya itu . 
      Azfa Hanani dikehendaki menyamar sebagai Tegku Murni bagi mengubati kebingungan orang kaya itu , Azfa Hanani menghadapi konflik , sama ada meneruskan kehidupan bersama-sama bapa saudaranya yang serba serbi kekurangan di Kampung Merpati atau menerima tawaran lumayan daripada orang kaya itu . Akhirnya , Azfa Hanani menerima tawaran itu .
      Ketika berada di rumah Datin Maziah , pelbagai cabaran yang terpaksa dilalui oleh Azfa Hanani . Antara cabaran tersebut ialah sikap Abang Muzaffar dan bapanya , Datuk Tengku Makmur yang kadang-kadang tidak dapat menerimanya dalam keluarga itu walaupun mereka mengetahui tujuan sebenarnya .

      Azfa Hanani mendaftar diri si Sekolah Menengah Taman Sari . Di sekolah tersebut , dia merupakan seorang pelajar yang baik dan terlibat dalam aktiviti kokurikulum seperti Forum Remaja . Dia juga banyak membantu pelajar-pelajar tingkatan lima menjayakan Hari Sumbangsih . Dia juga berkawan rapat dengan Ketua Murid Tingkatan Lima yang bernama Ekran . Abang Muzaffar tidak bersetuju Azfa Hanani berbaik - baik dengan Ekran .
      Dalam pertengkaran mereka pada suatu seketika , Azfa Hanani dengan tidak sengaja menyebut bahawa dia bukanlah Tengku Muni . Kata -kata tersebut didengar oleh Datin Maziah menyebabkan dia sangat marah dan menghalau Azfa Hanani dari rumah itu . Azfa Hanani pulang ke kampung untuk tinggal bersama-sama bapa saudaranya semula .
      Pada suatu hari , Datin Maziah dan keluargannya datang dan memohon maaf atas kekasaran yang dilakukan . Mereka juga menjelaskan bahawa kematian ayah dan ibu Azfa Hanani dalam kemalangan disebabkan perlanggaran dengan kereta yang dipandu oleh Dtuk Tengku Makmur . Azfa Hanani pernah disusui oleh Datin Maziah yang ketika itu sedang menyusukan Tengku Murni . Hal ini bermakna Azfa Hanani merupakan anak susuan Datin Maziah , tetapi terputus hubungan setelah Azfa Hanani dijaga oleh bapa saudaranya .
      Datin Maziah dan keluarganya ingin membawa balik Azfa Hanani ke rumahnya . Dia tidak perlu lagi menyamar sebagai Tengku Murni kerana dia diterima sebagai ahli keluarga yang sebenar . Azfa Hanani pulang ke rumah orang kaya itu dan dilayan dengan penuh kasih sayang .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan