Ahad, 10 Februari 2013

gaya bahasa

                       GAYA BAHASA                             


      Gaya Bahasa

                                     Contoh

Peribahasa
Hujan emas di negeri orang , hujan batu di negeri sendiri , baik lagi negeri sendiri … dan sambil menyelam minum air…

Personafikasi
Biarpun dadaku dikocak debar yang bukan kepalang hebatnya… , kerana perasaan tertarik itu acap kali hadir tanpa disedari… dan Tiba-tiba , hati ini ditusuk hiba…
Simile
Macam rusa masuk kampung , bagai aur dengan tebing dan umpama gajah putih .

Metafora
Arus lamunan , putik –putik kedewasaan dan takhta hati .
Sikope
Tu , tak ,nak ,ku
Penggunaan perkataan bahasa Perancis
“Merci beau coup. Datang lagi ya , bang”


Paradoks
…gadis malang yatim piatu ini mahu diangkat menjadi anak emas sebuah keluarga hartawan dan …bahawa kedua –dua orang tuanya bekerja sebagai pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia . Dia bukannya berasal daripada keluarga miskin .

pengajaran

                            PENGAJARAN                         

    pernyataan
                 Huraian/Contoh
Kita hendaklah memberikan pertolongan kepada yang memerlukan
Azfa Hanani sanggup membantu Kak Finaz dan Abang Mazran dengan menyamar sebagai Tengku Murni .
Kita hendaklah menerima takdir yang menimpa dengan reda
Azfa Hanani reda menerima takdir bahawa kematian ayah dan ibunya dalam kemalangan disebabkan oleh Datuk Tengku Mazran .
Kita hendaklah bersikap rendah diri terhadap orang lain walaupun berasal daripada keluarga berada .


Walaupun Tengku Murni anak orang kaya , tetapi dia tidak sombong dengan rakan-rakannya yang lain .
Seseorang yang pernah melakukan kesilapan mestilah sanggup mengakui kesilapannya
Datuk Tengku Makmur meminta maaf dan mengakui kesilapannya sehingga menyebabkan kematian ibu dan bapa Azfa Hanani .
Kita hendaklah bersimpati terhadap kesusahan orang lain walaupun kita telah hidup senang .
Azfa Hanani teringatkan keadaan pak long , mak long dan sepupunya semasa melihat lauk – pauk yang lazat dihidangkan kepadanya .
Kita perlu menjaga maruah diri setiap masa
Azfa Hanani menolak pelawaan lelaki yang tidak dikenalinya itu yang mahu menghantarnya pulang ke rumah .


nilai

                                   NILAI                                            

Nilai
Huraian/Contoh
Hormat - menghormati
Abang Mazran dan Kak Finaz menghormati pak long dan mak long walaupun mereka berketurunan bangsawan .
Kasih sayang
Bapa saudara Azfa Hanani , yang dipanggil pak long sanggup menjaganya dari kecil selepas kematian ayah dan ibu Azfa Hanani .
Tanggungjawab
Azfa Hanani sanggup menyamar sebagai Tengku Murni demi memulihkan tekanan perasaan yang dihadapi oleh Datin Maziah .
Kesyukuran
Walaupun sebelum ini Azfa Hanani tinggal di rumah mewah milik Datin Maziah , namun dia masih gembira walaupun kembali tinggal di rumah pak longnya .
Baik hati
Azfa Hanani memaafkan kesalahan Syafikah dan Fuziana dan dia sedikit tidak mendendami mereka .

Sabtu, 9 Februari 2013

sinopsis bab demi bab


Takut:
Ketika rakan-rakannya menumpukan perhatian terhadap pembelajaran Kimia, Azfa Hanani diburu rasa takut sekiranya namanya dipanggil pengetua kerana mencuri buku dari perpustakaan. Padanya, dia bukan bertujuan untuk mencuri sebaliknya hanya "meminjam" untuk mengulang kaji pelajaran kerana tidak mampu untuk membeli buku rujukan tersebut. Dia takut dibuang sekolah kerana perbuatannya mencuri, sekali gus namanya akan tercemar. Semua terjadi disebabkan kemiskinan keluarga pak long yang memeliharanya sejak kedua-dua ibu dan bapanya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Dia semakin takut apabila pengetua mahu menemuinya.

Siapa Mereka?:
Di bilik pengetua, terdapat tetamu yang begitu asing baginya, iaitu Tengku Mazran, Syafinaz dan Syarifah Rozan. Mereka memberitahu dirinya kembar seiras Tengku Murni, seorang remaja yang meninggal dunia dalam suatu kemalangan empat bulan lalu. Tengku Mazran dan Syafinaz memberitahu bahawa dia berkunjung ke rumah Syarifah Rozan semalam dan ternampak gambarnya dalam album. Gambarnya seiras wajah adiknya, Tengku Murni. Azfa Hanani ditawarkan menjadi anak emas keluarga kaya dan menyamar sebagai Tengku Murni kerana wajah mereka seiras, umpama kembar.
Datin Maziah tidak dapat menerima hakikat bahawa anak gadis tunggalnya telah meninggal dunia. Dia menuduh anak-anak lelakinya telah melarikan Tengku Murni. Oleh sebab itu, mereka bercadang untuk mengambil Azfa Hanani menggantikan Tengku Murni bagi menenangkan hati Datin Maziah. Azfa Hanani agak risau untuk menerima tawaran itu walaupun dijanjikan dengan pelbagai kemewahan. Namun begitu, dia akan mencuba jika diizinkan oleh pak long dan mak longnya.

Kerana Terdesak:
Tengku Mazran dan Syafinaz yang ditemani oleh Abang Norman dan Pak Haji Arshad tiba di rumah pak long untuk berbincang dengan pak long dan mak long. Pak Haji Arshad menjadi orang tengah dalam perbincangan itu. Tengku Mazran menceritakan kemalangan yang menimpa adiknya, Tengku Murni. Menurut Tengku Mazran, apabila ibunya, Datin Maziah tersedar daripada koma, yang ditanya ialah Tengku Murni. Puas mereka berdalih dengan mengatakan Tengku Murni mengikuti program pertukaran pelajar di Jepun. Dia tidak mampu berterusan menipu dan tidak mahu ibunya menghadapi tekanan jiwa. Tengku Mazran meminta keizinan pak long dan mak long untuk membawa Azfa Hanani ke Kuala Lumpur. Sebagai balasan, sekiranya Azfa Hanani mahu menggantikan tempat "Tengku Murni", kos perubatan anak pak longnya, Zuraini yang hampir lumpuh akan ditanggung. Azfa Hanani berfikir, sekiranya dia masih kekal di Sekolah Menengah Sri Dian, dia akan dibuang sekolah kerana mencuri buku di perpustakaan. Selain itu, bila-bila masa sahaja pak longnya akan memberhentikan persekolahannya kerana kesempitan hidup. Setelah memikirkan masalah dirinya dan penyakit Zuraini boleh disembuhkan, akhirnya dia menerima tawaran Tengku Mazran.

Seawal Kehadiran:
Di Hotel Universe, Tengku Mazran dan isterinya, Syafinaz mengajar cara-cara bertutur, makan dan bergaul dengan Datin Maziah. Apabila tiba di banglo yang dimaksudkan, dia dibawa ke bilik Tengku Murni ketika hayatnya dahulu. Tengku Mazran dan Syafinaz memujuk Azfa Hanani akan sikap kasar Tengku Muzaffar yang mengungkapkan kata-kata menyakitkan hatinya. Azfa Hanani kemudian berehat di dalam bilik itu. Ketika itu, dia teringat akan kata-kata Nordin sebelum dia bertolak ke sini, bahawa bukan dia yang dituduh mencuri buku, sebaliknya yang mencari beberapa orang pelajar lelaki. Apabila Datin Maziah sudah terjaga daripada tidur, Azfa Hanani dibawa bertemu. Dia mengikut arahan seperti yang diajar oleh Tengku Mazran dan Syafinaz.

Sebagai Murid Baharu:
Azfa Hanani dihantar belajar di Sekolah Menengah Taman Sari. Di sekolah itu, dia berkenalan dengan saudara dua pupu Tengku Murni, iaitu Tengku Ellina. Dia juga berkenalan dengan rakan-rakan Tengku Murni yang lain seperti Adriani, Ekran, selain 'musuh' Tengku Murni, iaitu Laili, Syafikah, dan Fauziana yang dipanggil Budak Glamor. Tengku Ellina menyatakan kehairanannya kerana sehingga kini kad pengenalan, kad ATM dan dompet Tengku Murni belum ditemukan lagi.
Imbalan Budi:
Sekembalinya Azfa Hanani dari sekolah, dia telah disambut oleh Datin Maziah. Dia makan bersama-sama dengan Datin Maziah dan Kak Finaz. Dia kekok makan menggunakan sudu dan garpu. Azfa Hanani bertanyakan tentang dompet Tengku Murni yang hilang itu kepada Kak Finaz. Kak Finaz menyatakan mungkin dompet itu telah diambil orang. Azfa Hanani bimbang rahsianya terbongkar. Kak Finaz meyakinkannya bahawa mayat yang dikebumikan itu memang mayat Tengku Murni. Di dalam bilik, Azfa Hanani menemukan diari Tengku Murni dan dibaca diari itu untuk mengetahui peribadi Tengku Murni.
Tengku Datuk Makmur datang menemui Azfa Hanani di biliknya. Dia akan membayar RM500 sebulan kepada Azfa Hanani sebagai upah kerana menyamar sebagai Tengku Murni. Azfa Hanani tidak menyangka budinya akan dibalas dengan wang ringgit. Namun dia terpaksa menerima wang itu demi membantu pak long di kampung.

Kerenah Laili:

Azfa Hanani ke sekolah untuk menghadiri majlis perjumpaan pelajar tingkatan 5 bagi membincangkan projek Hari Sumbangsih. Program yang diatur meliputi pasar ria, kejohanan sukan terbuka, dan pameran. Pada tahun lalu program tersebut telah berjaya mengumpul wang sebanyak RM 16 ribu. Laili tidak berpuas hati dan mendakwa kononnya terdapat ketidakadilan dalam pengagihan slot. Dia tidak berpuas hati kerana tidak diberikan slot mengendalikan Malam Bakat Sumbangsih. Laili turut mempertikaikan kejujuran dan keikhlasan jawatankuasa yang terlibat. Dakwaan Laili dibantah oleh Ekran dengan menjelaskan bahawa agihan slot dibuat melalui undian. Setiap ketua tingkatan mengambil bahagian dalam undian tersebut dan seharusnya soal ketidakadilan tidak sepatutnya ditimbulkan.

Tertanya-tanya:
Azfa Hanani tertanya-tanya mengapa dia tidak dapat berbual panjang dengan Ekran. Lidahnya menjadi kelu kala berhadapan dengan Ekran. Dia juga tertanya-tanya mengapa Ekran menjual burger berhampiran dengan Plaza Cahaya sedangkan gayanya tidak membayangkan kesusahan hidupnya. Di perpustakaan, Fauziana dan Syafikah menawarkan Azfa Hanani sebagai pengacara Malam Bakat Sumbangsih kerana suaranya sesuai. Azfa Hanani tahu bahawa majlis itu diuruskan oleh pelajar Tingkatan 5 Sastera II, jadi dia menganggap tidak perlu masuk campur. Azfa Hanani menolak dengan baik kerana menyedari niat mereka tidak ikhlas. Penolakannya itu membuatkan mereka begitu marah.

Ekran:
Azfa Hanani mengikuti kelas bahasa Inggeris dan bahasa Jepun di Institut Lingua Franca. Dia pergi ke Institut untuk meminjam beberapa buah buku. Sebenarnya dia cuma beralasan untuk keluar rumah. Hasrat hatinya adalah untuk menemui Ekran. Ketika berada di tempat tersebut, Iskandar mahu menghantarnya pulang dengan menaiki motorsikal. Azfa Hanani menolak kerana dia tidak mengenali lelaki itu. Azfa Hanani berpeluang bertemu Ekran yang menjual burger pada hari itu.Ekran menjelaskan minatnya untuk menjadi akauntan.

Meluah Rasa:
Azfa Hanani meluahkan perasaannya kepada Ekran dan menjelaskan bahawa dia bukan Tengku Murni. Dia hanya seorang budak kampung yang hidup dalam serba kekurangan. Dia bukan anak manja Tengku Datuk Makmur dan Datin Maziah. Azfa Hanani hanya menyamar sebagai Tengku Murni untuk memenuhi janjinya kepada Abang Mazran dan Kak Finaz. Dia juga menerima tawaran mereka kerana tidak mahu keciciran dalam pelajaran. Selain itu dia ingin membalas budi pak long dan mak longnya. Abang Mazran dan Kak Finaz telah berjanji untuk menanggung segala kos rawatan Zuraini yang lumpuh.

Bukan Dirancang:
Azfa Hanani tidak merancang untuk ke rumah Tengku Ellina. Tengku Ellina mengajaknya ke rumah kerana pasukan Forum Remaja Sekolah Menengah Taman Sari akan mengadakan sesi perbincangan dan latihan. Datin Maziah memberikan persetujuan akan hasrat Azfa Hanani ke rumah rakannya, Tengku Ellina. Azfa Hanani berasa bersalah kerana berbohong kepada Datin Maziah. Datin Maziah mengingatkan Azfa Hanani agar memberikan fokus terhadap SPM supaya memperoleh keputusan cemerlang seperti "abang-abangnya". Tengku Muzaffar menghantar Azfa Hanani dengan menaiki motosikal berkuasa tinggi. Setibanya di rumah Tengku Ellina, rakan-rakannya telah sedia menunggu. Tengku Ellina meminta Azfa Hanani menggantikan tempatnya sebentar sebagai Pengerusi Forum Remaja, sementara dia mengendalikan mesyuarat sekretariat pameran luar untuk Hari Sumbangsih. Setelah ahli-ahli pasukan Forum Remaja melihat kepetahan dan kelancaran Azfa Hanani sebagai pengerusi, mereka memutuskan bahawa Azfa Hanani akan kekal mempengerusikan Forum Remaja.

Melulu:
Pertandingan Forum Remaja yang akan diadakan di dewan besar sekolah bakal berlangsung sebentar lagi. Azfa Hanani membuat persiapan; memakai tali leher dan menghafal skrip. Azfa Hanani mendapat khabar gerai burger Ekran telah dibakar orang menyebabkan dia bergegas ke bilik persatuan untuk mendapatkan penjelasan daripada Ekran. Ekran tidak ditemui sebaliknya dia bertemu dengan Laili yang tidak berpuas hati akan sikapnya menarik diri sebagai pengacara Malam Bakat Sumbangsih. Kata-kata menghina yang diucapkan Laili telah menggetarkan perasaan Azfa Hanani sebelum melangkah ke pertandingan Forum Remaja.

Hadiah Bererti:

Pasukan yang disertai oleh Azfa Hanani dalam pertandingan Forum Remaja telah berjaya menjadi johan dan Azfa Hanani diumumkan sebagai Pengerusi Forum Terbaik. Ramai yang memuji suara Azfa Hanani amat lunak dan sesuai menjadi pengacara televisyen. Seterusnya, Datin Maziah telah mengadakan majlis ulang tahun yang ke-17 untuk Tengku Murni. Azfa Hanani, walaupun mengambil peranan sebagai Tengku Murni, tetapi berasa terharu kerana diraikan dalam majlis yang begitu meriah. Ekran datang lewat dan hanya menyerahkan hadiah melalui pintu pagar rumah. Azfa Hanani meluahkan perasaan rindunya terhadap pak long sekeluarga di kampung kepada Abang Mazran. Abang Mazran berjanji akan membawa Azfa Hanani pulang bertemu dengan keluarganya di kampung. Abang Mazran juga meminjamkan telefon bimbitnya kepada Azfa Hanani agar dia dapat menghubungi kawan-kawannya di kampung. 

Misteri Yang Tersimpan:
Azfa Hanani memanfaatkan sepenuhnya peluang yang diberikan oleh Abang Mazran untuk menghubungi rakan-rakannya di kampung. Azfa Hanani mengimbau perbualannya dengan rakan-rakan sekampungnya, Falina dan Aini. Kak Finaz memberitahu Azfa Hanani bahawa Abang Mazran bersetuju untuk memasang talian telefon di rumah pak long. Abang Mazran juga akan membelikan Azfa Hanani telefon bimbit yang baharu. Azfa Hanani membuka hadiah yang diberikan oleh Ekran. Azfa Hanani terkejut apabila mendapati hadiah itu berupa dompet milik arwah Tengku Murni dan di dalamnya terdapat sejumlah wang, beberapa keping kad, dan sehelai kertas catatan. 

Kunjungan Mengejut:

Azfa Hanani menyuarakan hasratnya kepada Kak Finaz untuk menyambut kepulangan pak long dan Zuraini daripada menjalani rawatan di Indonesia. Kak Finaz berjanji untuk membawa Azfa Hanani pulang ke kampung semasa cuti semester pertama nanti. Sekembalinya daripada mengikuti kelas bahasa di Institut Lingua Franca, Azfa Hanani terkejut melihat pak long dan Zuraini berada di rumah Datin Maziah. Kerinduan Azfa Hanani terubat kerana dapat berbual-bual dengan pak long dan Zuraini. Menurut Zuraini, Tengku Datuk Makmur seakan-akan sudah mengenali keluarga mereka sebelum ini.

Hari Sumbangsih:
Hari ini berlangsungnya Hari Sumbangsih di Sekolah Menengah Taman Sari. Sambutan Hari Sumbangsih pada tahun ini lebih meriah. Ekran yang menjadi pengerusi persatuan pelajar tingkatan lima sibuk mengendalikan program sempena Hari Sumbangsih. Ada khabar angin yang mengatakan bahawa Malam Bakat Sumbangsih akan dipulaukan oleh pelajar yang tidak berpuas hati. Azfa Hanani mengambil kesempatan untuk berjumpa dengan Ekran di bilik persatuan. Azfa Hanani mendesak Ekran untuk berterus-terang tentang punca dia menjauhkan diri daripadanya. Akhirnya Ekran membuat pengakuan yang mengejutkan. Ekran mengakui mempunyai hubungan istimewa dengan Tengku Murni. Namun hubungan itu terpaksa diputuskan atas sebab-sebab tertentu. Pada pertemuan terakhir sebelum kemalangan itu, dompet Tengku Murni tertinggal dan dia menyimpan dompet tersebut.

Terusir:
Azfa Hanani masih lagi tertanya-tanya tentang hubungan antara Ekran dengan Tengku Murni. Azfa Hanani membuat tekaan bahawa Datin Maziahlah punca hubungan Tengku Murni dengan Ekran terputus. Dengan menggunakan teknik yang tertentu, Azfa Hanani berjaya membaca rahsia yang terkandung di dalam diari Tengku Murni. Azfa Hanani lantas bersemuka dengan Tengku Muzaffar untuk mendapatkan kepastian. Tengku Muzaffarlah rupa-rupanya yang menjadi dalang yang merosakkan hubungan yang terjalin antara Tengku Murni dengan Ekran. Tengku Muzaffar memberitahu bahawa dia menghalang hubungan antara Tengku Murni dengan Ekran kerana ingin menjaga nama baik keluarga disebabkan Ekran daripada keluarga miskin. Azfa Hanani berasa terhina kerana dirinya juga daripada keluarga miskin. Azfa Hanani tidak berpuas hati kerana kini Tengku Muzaffar melarangnya berkawan dengan Ekran pula. Akhirnya berlakulah pertengkaran antara mereka dan didengari pula oleh Datin Maziah. Datin Maziah amat marah apabila mendapati Azfa Hanani selama ini menyamar sebagai Tengku Murni. Azfa Hanani ditampar, kemudian dihalau keluar dari rumah itu.

Hakikat:
Azfa Hanani mahu terus pulang ke kampung, tetapi Tengku Muzaffar meletakkan Azfa Hanani di rumah Tengku Ellina. Akhirnya, Azfa Hanani dapat kembali tinggal di rumah pak longnya di Kampung Merpati. Namun, pak long dan mak longnya masih belum mengetahui bahawa Azfa Hanani sebenarnya telah diusir keluar dari rumah Datin Maziah. Sebelum ini, Abang Mazran dan Kak Finaz berjanji untuk memujuk Datin Maziah untuk menerima Azfa Hanani kembali. Namun, Azfa Hanani telah membuat keputusan untuk terus tinggal di kampung. Azfa Hanani terkejut apabila keluarga Tengku Datuk Makmur datang mencarinya di kampung. Akhirnya terbongkar rahsia apabila Tengku Datuk Makmur menceritakan bahawa dialah yang telah melanggar teksi yang dinaiki oleh Azfa Hanani sekeluarga sehingga mengakibatkan kematian ibu dan bapa Azfa Hanani. Datin Maziah tidak sampai hati apabila melihat Azfa Hanani yang ketika itu masih bayi menangis kelaparan lalu menyusuinya. Selama 16 tahun, Tengku Datuk Makmur berusaha untuk menjejaki Azfa Hanani. Pencariannya berhasil setelah berbual-bual dengan pak long yang kebetulan berkunjung ke rumahnya sekembalinya daripada menemani anaknya, Zuraini yang mendapatkan rawatan di Indonesia.

Segala-galanya Berakhir:
Azfa Hanani kembali tinggal di banglo Tengku Datuk Makmur dan Datin Maziah. Kali ini dia mahu dikenali dengan identiti sebenar, bukan sebagai Tengku Murni lagi. Tengku Muzaffar pula semakin mendekatkan diri dengan agama. Aktiviti Hari Sumbangsih telah berjaya mengumpul sebanyak RM16,655.00. Syafikah dan Fauzana bersikap baik terhadap Azfa Hanani. Motosikal yang ditunggang oleh Iskandar terlibat dalam kemalangan jalan raya dan Iskandar telah terbunuh. Manakala Laili yang membonceng motosikal tersebut telah cedera parah dan kini di wad ICU.
Pasukan yang menyertai Forum Remaja telah menjadi johan peringkat negeri dan Azfa Hanani telah diumumkan sebagai Pengerusi Forum Terbaik. Pada suatu hari, Azfa Hanani menaiki teksi ke rumah Ekran. Ketika Azfa Hanani tiba, dia melihat Tengku Muzaffar sedang membantu Ekran menyiapkan sebuah gerai. Akhirnya Azfa Hanani mengetahui kedudukan perkara yang sebenar iaitu, Tengku Muzaffarlah yang membakar gerai burger Ekran. Sementara itu, Ekran bukanlah daripada keluarga yang susah. Ayah dan ibuny bekerja sebagai pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia yang kini sedang melanjutkan pelajaran di peringkat doktor falsafah di Amerika Syarikat. Adik-adik perempuannya ikut serta manakala adik lelakinya menuntut di sebuah sekolah asrama penuh. Dia selesa tinggal dengan datuk dan neneknya.

biodata pengarang

               BIODATA PENGARANG                        

* Halis Azhan Mohd . Hanafiah dilahirkan di Melor , Kota Bahru , Kelantan pada 1 Januari 1970 . Beliau memperoleh pendidikan awal di Sekoalah Rendah Kebangsaan Melor dan Sekolah Menengah Sains Machang , Kelantan .

* Beliau memperoleh B.Ed.TESL (Hons) daripada UKM dan Ijazah Sarjana dalam bidang Kesusasteraan Melayu daripada UPM .
Kini , beliau berkhidmat sebagai pensyarah kursus Penilaian Kreatif di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bahasa Melayu , Kuala Lumpur .


*Antara novel beliau ialah  Konflik , Krisis Arif , Cinta Gadis Nadia , Biduk Berlalu , Erni Aflina , dan Seperti Sejalur Pelangi . Tiga buah antologi cerpen remaja beliau ialah Dunia Kecil Kami , Terjerat dalam Belenggu ,dan Cerita pada Hari Valentine .

*Antara anugerah yang dimenangi ialah Hadiah Sastera Utusan Melayu-Public Bank pada tahun 1988-1989 dan 1991-1994 , Hadiah Pertama Cerpen Kanak-kanak Mobil -DBP 1998 , dan Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2002/2003.

sinopsis keseluruhan

                    SINOPSIS  KESELURUHAN                                     

Novel ini mengisahkan kehidupan seorang gadis yatim piatu bernama Azfa Hanani yang berusia 17 tahun . Setelah kematian ibu bapanya akibat kecelakaan di jalan raya , dia dibesarkan oleh bapa saudaranya , iaitu Pak Long Madi dan Mak Long Diah . Kemalangan yang meragut nyawa kedua-dua orang tuanya berlaku ketika Azfa Hanani masih bayi . Bapa saudara yang menjaganya merupakan seorang yang miskin dan tinggal di kampung . Azfa Hanani merupaka seorang pelajar yang bijak di Sekolah Menengah Sri Dian . 
      Pada suatu hari , Azfa Hanani dipanggil oleh pengetua kerana ada sepasang suami isteri , iaitu Tengku Mazran dan Kak Finaz ingin mengambilnya sebagai adik angkat . Mereka ingin mengambilnya sebagai adik angkat kerana wajahnya seiras dengan adik mereka , Tengku Murni yang telah meninggal dunia akibat kemalangan . Datin Maziah tidak dapat menerima dan tidak mempercayai kematian anak kesayangannya itu . 
      Azfa Hanani dikehendaki menyamar sebagai Tegku Murni bagi mengubati kebingungan orang kaya itu , Azfa Hanani menghadapi konflik , sama ada meneruskan kehidupan bersama-sama bapa saudaranya yang serba serbi kekurangan di Kampung Merpati atau menerima tawaran lumayan daripada orang kaya itu . Akhirnya , Azfa Hanani menerima tawaran itu .
      Ketika berada di rumah Datin Maziah , pelbagai cabaran yang terpaksa dilalui oleh Azfa Hanani . Antara cabaran tersebut ialah sikap Abang Muzaffar dan bapanya , Datuk Tengku Makmur yang kadang-kadang tidak dapat menerimanya dalam keluarga itu walaupun mereka mengetahui tujuan sebenarnya .

      Azfa Hanani mendaftar diri si Sekolah Menengah Taman Sari . Di sekolah tersebut , dia merupakan seorang pelajar yang baik dan terlibat dalam aktiviti kokurikulum seperti Forum Remaja . Dia juga banyak membantu pelajar-pelajar tingkatan lima menjayakan Hari Sumbangsih . Dia juga berkawan rapat dengan Ketua Murid Tingkatan Lima yang bernama Ekran . Abang Muzaffar tidak bersetuju Azfa Hanani berbaik - baik dengan Ekran .
      Dalam pertengkaran mereka pada suatu seketika , Azfa Hanani dengan tidak sengaja menyebut bahawa dia bukanlah Tengku Muni . Kata -kata tersebut didengar oleh Datin Maziah menyebabkan dia sangat marah dan menghalau Azfa Hanani dari rumah itu . Azfa Hanani pulang ke kampung untuk tinggal bersama-sama bapa saudaranya semula .
      Pada suatu hari , Datin Maziah dan keluargannya datang dan memohon maaf atas kekasaran yang dilakukan . Mereka juga menjelaskan bahawa kematian ayah dan ibu Azfa Hanani dalam kemalangan disebabkan perlanggaran dengan kereta yang dipandu oleh Dtuk Tengku Makmur . Azfa Hanani pernah disusui oleh Datin Maziah yang ketika itu sedang menyusukan Tengku Murni . Hal ini bermakna Azfa Hanani merupakan anak susuan Datin Maziah , tetapi terputus hubungan setelah Azfa Hanani dijaga oleh bapa saudaranya .
      Datin Maziah dan keluarganya ingin membawa balik Azfa Hanani ke rumahnya . Dia tidak perlu lagi menyamar sebagai Tengku Murni kerana dia diterima sebagai ahli keluarga yang sebenar . Azfa Hanani pulang ke rumah orang kaya itu dan dilayan dengan penuh kasih sayang .

Jumaat, 8 Februari 2013

watak perwatakan

             WATAK DAN PERAWTAKAN              

                            watak utama

           PERWATAKAN
                                    
                                  HURAIAN / CONTOH
                                                                         
                                                            AZFA HANANI
Remaja yang kematian ayah dan ibu
Ibu bapanya meninggal dalam kemalangan jalan raya .
Ibu meninggal dunia serta- merta … Ayah pula , kalaulah masih hidup … (hal. 30)
Berumur 17 tahun
Dia akan menduduki peperiksaan SPM .
Aku sudah mendaftar diri untuk mengambil peperiksaan … (hal. 26)
Dipelihara oleh pak long dan mak long
Sejak bayi lagi , Azfa Hanani  dipelihara oleh pak long dan mak longnya .
Kalian telah menjaga dan membesarkan aku dengan penuh taggungjawab . (hal. 30)
Lemah dalam Bahasa Inggeris
Di sekolah , Azfa Hanani lemah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris .
Pendedahan adalah perlu kerana aku terlalu lemah dalam mata pelajaran itu . (hal. 39)
Tabah
Dia seorang remaja yang sangat tabah menghadapi cabaran hidup .
Berputus asa dengan nasib malang … samalah ertinya dengan tidak percaya akan sifat Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ! (hal.26)



                  WATAK SAMPINGAN                  

                         watak sampingan

           PERWATAKAN
                                    
                                  HURAIAN / CONTOH
                                                                         
                                               datin maziah
Pengasih
Datin maziah merupakan seorang ibu yang pengasih dan penyayang .
… aku memberikannya peluang untuk mencium dahiku dan seterusnya memelukku . (hal. 45)
Ibu kepada lima orang anak
Beliau mempunyai empat orang anak lelaki dan seorang anak perempuan .
(hal. 26 dan 117)
Sering kesunyian
Beliau kesunyian sejak suaminya beristeri muda .
Ayah Abang Mazran itu sudah lama tidak pulang ke rumah , sejak berkahwin dengan wanita muda … (hal. 24)
Menghadapi tekanan
Beliau tertekan akibat kematian anak bongsunya , iaitu Tengku Murni .
Sejak itu dia asyik bertanya bilakah anak perempuan tunggalnya itu akan pulang . (hal. 21)
     
 
           PERWATAKAN
                                    
                                  HURAIAN / CONTOH
                                                                         
                                                      Tengku murni
Anak orang kaya
Dia merupakan anak kepada Datuk Tengku Makmur dan datin Maziah .
Tengku Murni anak seorang hartawan …(hal. 160)
Manja , keras kepala dan tidak suka mengalah
Walaupun manja , dia juga keras kepala dan tidak suka mengalah .
“Nini itu manja sangat . Keras kepala dan tak suka mengalah pula tu.” (hal. 33)
Peramah
Ellina mengakui bahawa Nini seorang yang peramah .
“Nini yang sebenar amat peramah orangnya.” (hal. 51)

                    
           PERWATAKAN
                                    
                                  HURAIAN / CONTOH
                                                                         
                                      pak long madi
Penyayang
Memberikan kasih sayang sepenuhnya kepada anak saudaranya , Azfa Hanani .
Selama kehilangan ayah dan ibu kandung , kasih sayang mereka terhadapku belum pernah luak .(hal. 21)
Bertanggungjawab
Pak long berusaha untuk mengubati anaknya , Zuraini .
Pak long dan mak long sudah jenuh berusaha mengubati Zuraini … (hal.33)
Berusia 50 tahun
Walaupun  sudah berusia 50 tahun , tetapi pak long masih tampan .
Dia kelihatan segak dan tampan , tidak padan dengan usianya yang sudah mencecah angka 50 tahun itu . (hal.169)
 
            
           PERWATAKAN
                                    
                                  HURAIAN / CONTOH
                                                                         
                                           ekran
Pengerusi Persatuan Pelajar
Dia merupakan Pengerusi Persatuan Pelajar Tingkatan Lima di Sekolah Menengah Taman Sari
“Muhammad Ekran bin Muhammad , pengerusi Persatuan Pelajar Tingkatan Lima SMTS”, (hal. 169)
Anak orang berpendidikan
Ayah dan ibunya sedang melenjutkan pelajaran di luar Negara .
“Ayah dan ibu sedang belajar di Amerika Syarikat sekarang . Siapkan pengajian doktor falsafah …” 9hal. 213)
Sahabat baik Tengku Murni
Dia berkawan rapat dengan Tengku Murni di Sekolah Menengah Taman Sari .
“Murni ialah teman akrab saya…” (hal. 182)
Pemimipin pelajar
Dia merupakan pemimpin pelajar yang karismatik .
Ekran pemimpin murid yang krasmatik … menampilkan cirri pemimpin ulung . (hal. 76)



persoalan

                             PERSOALAN                            

         PERNYATAAN
                                                              HURAIAN/CONTOH
Pengorbanan yang dilakukan untuk membalas budi baik keluarga
Azfa Hanani menerima tawaran keluarga bangsawan untuk membalas budi baik mak long dan pak long .
pak long dan mak long sudah jenuh berusaha mengubati Zuraini . Tidak memadai perubatan moden , perubatan tradisional juga turut dicuba . (hal. 68)
Kesombongan golongan elit
Datuk Tengku Makmur bertanyakan upah yang perlu dibayarnya kepada Azfa Hanani kerana menyamar sebagai Tengku Murni .
“Berapa Mazran janji nak bayar upah?”
“Upah?” Aku terkesima . (hal. 68)
Menebus kesilapan dengan melakukan kebaikan
Datuk Tengku Makmur yang menyebabkan kematian kedua-dua orang tua Azfa Hanani . Beliau telah membawa gadis itu tinggal bersama-sama keluarganya .
“Ya , Nani . Berilah kami peluang untuk menunaikan janji dan menebus dosa papa yang lalu,”… (hal. 202)
Kemiskinan menyukarkan usaha bagi meneruskan pelajaran
Azfa Hanani tidak mampu membeli buku rujukan sehingga memaksa dia mencuri buku-buku di perpustakaan .
Buku-buku yang kubawa keluar itu kupulangkan setelah selesai menelaahnya . (hal. 3)
Sikap prejudis terhadap golonga miskin
Tengku Muzaffar bersikap prejudis terhadap Azfa Hanani pada awal perkenalan mereka .
“Mula-mula tu memanglah berlakon jadi anak orang kaya . Lepas tu betul-betul jadi anak orang kaya , kan?” (hal. 41)

tema

tema 
novel ini bertemakan ketabahan seorang gadis mengharungi cabaran dalam kehidupan . Azfa Hanani digambarkan sebagai seorang yang tabah kerana berjaya menghadapi pelbagai cabaran bermula daripada kematian ibu bapanya . Kehidupan bersama-sama dengan keluarga bapa saudaranya yang susah menyerlahkan lagi ketabahannya . Penyamaran sebagai Tengku Murni dalam keluarga Datin Maziah yang penuh dengan cabaran dilalui dengan tabah oleh Azfa Hanani .